Latar Belakang Syarikat

Shariq Barber Shop

Objektif Syarikat

Objektif penubuhan perniagaan ini adalah untuk memberi perkhidmatan pengguntingan dan penggayaan rambut kepada pelanggan pada semua peringkat umur.

Visi Syarikat

Visi Shariq Barbershop pula adalah untuk membuka SHARIQ BARBER ACADEMY untuk bakal-bakal pelapis tukang gunting bagi melahirkan pelapis tukang gunting yang terlatih dan versatile dalam semua jenis penggayaan rambut seiiring dengan peredaran zaman.

Misi Syarikat

Misi utama perniagaan ini adalah untuk meluaskan perkhidmatan Shariq Barbershop keseluruh Wilayah Sarawak serta ke negara jiran iaitu Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2025. Selain itu, Shariq Barbershop juga ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam bidang pengguntingan dan penggayaan rambut kepada pelanggan terutamanya bagi golongan lelaki. Selain daripada itu juga, Shariq Barbershop juga ingin menjadi pembekal produk-produk rambut dan alatan kepada kedai gunting lain.

BIODATA PEMILIK SYARIKAT

Pemilik Shariq Barbershop merupakan ibu kepada Pengasas Shariq Barbershop itu sendiri. Beliau merupakan seorang penjawat awam. Beliau menubuhkan Shariq Barbershop ekoran sering menghantar anak ke pusat pengguntingan rambut dan mengambil masa yang lama untuk menunggu mereka untuk menggunting rambut. Selain itu juga, anak sulung beliau juga menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pengguntingan dan penggayaan rambut ini. Demi untuk mencapai minat anaknya, maka tertubuhlah Shariq Barber Shop. Di bawah merupakan biodata pemilik tunggal Shariq Barber Shop :

BIODATA

Nama              : SHAZLINA OLIVIER RULI ABDULLAH

No Matrik       : 282538

Umur              : 35 tahun

No. Telefon    : 013-8812014

Alamat           : Lot 547, Lorong Harmoni 1A,Tudan Desaras Phase 6,98000 Miri, Sarawak.

Email             :  vieyaruli@yahoo.com

Tahap Pendidikan :  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM)

Kisah Sebalik Penubuhan Syarikat

Shariq Barber Shop

SHARIQ BARBER SHOP merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan menggunting rambut lelaki. Kami menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada semua golongan termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Sebelum penubuhan Shariq Barbershop ini, perkhidmatan pengguntingan rambut hanya dijalankan di rumah dan secara mobil sahaja. Memandangkan permintaan pengguntingan rambut yang semakin meningkat, pada Januari 2021 Shariq Barbershop telah mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan pengguntingan rambut secara terus tanpa membuat temujanji.

Nama Shariq Barber Shop ini merupakan nama yang diambil daripada nama hadapan anak lelaki pemilik syarikat ini sendiri iaitu Shariq Danial dan Shariq Zaquan dan disingkatkan kepada “Shariq”.

Semua staf atau barber kami mempunyai pengalaman lebih dari 3 (tiga) tahun dan dapat menggayakan fesyen rambut terkini yang seiring mengikut peredaran zaman dan kehendak pelanggan itu sendiri.

Selain membuat perkhidmatan pengguntingan rambut, Shariq Barbershop juga menjual produk pengguntingan rambut dan alatan pengguntingan rambut.

CARTA SYARIKAT

Contact

Lokasi Kami

Lot 10714C, Xiang-xiang Commercial Center
Tudan 9800 Miri, Sarawak

Hubungi Kami

(010) 312-2014
(013) 881-2014
admin@shariqbarbershop.com

Waktu Operasi

Isnin – Ahad: 9 pg – 9 mlm
Tutup Solat Jumaat: 11.30pg – 2ptg